Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keakraban Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemangkin penting hubungan erat antara Brunei dan Malaysia. Foto fail Anwar Ibrahim (FB)

Keakraban Sultan Hassanal Bolkiah, Anwar pemangkin hubungan erat Brunei-Malaysia

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos: Keakraban Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemangkin penting hubungan erat antara Brunei dan Malaysia.

Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur Ezira Mahadi berkata keakraban hubungan kedua-dua pemimpin itu, dapat dilihat apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Kuala Lumpur hanya dalam tempoh empat hari selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 2022.

Sultan Hassanal Bolkiah berangkat ke Kuala Lumpur pada 28 Nov 2022, setelah Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 Nov 2022.

Mengenai lawatan dua hari Anwar ke Brunei dijadualkan bermula hari ini, Nur Ezira berkata ia merupakan lawatan ketiga Anwar ke negara berkenaan sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Lawatan sulung Perdana Menteri ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Januari tahun lepas, dan pada Januari tahun ini, Perdana Menteri sekali lagi ke Brunei bagi menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja,” katanya kepada Bernama.

Anwar Ibrahim dijadual tiba di sini pada pukul 10.25 malam ini untuk lawatan kerja selama dua hari ke Brunei, bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei.

Nur Ezira berkata lawatan Anwar ke Brunei kali ini juga istimewa kerana ia bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei, selain anggota delegasi Perdana Menteri yang merangkumi menteri dan timbalan menteri yang ramai menunjukkan keakraban hubungan dua negara.

Beliau berkata hubungan erat dua negara ini juga memberikan kelebihan buat Sabah dan Sarawak terutama dari aspek kerjasama ekonomi memandangkan dua negeri Malaysia itu berjiran dengan Brunei.

“Hubungan kerjasama ekonomi terutamanya sangat baik, pada lawatan ini juga akan ada beberapa pengumuman dibuat dan kita doakan semoga ada sesuatu untuk Sabah dan Sarawak nanti,” katanya.

Nur Ezira berkata dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini (Januari hingga Mei) jumlah dagangan antara kedua-dua buah negara mencecah RM3.53 bilion (USD0.75 bilion).

Nilai dagangan Brunei dan Malaysia pada tahun lepas berjumlah RM9.31 bilion (US$2.04 bilion), menjadikan Brunei rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN dan ke-30 terbesar di dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan