Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kehadiran PM Anwar semarak semangat atlet SUKMA – Abang Johari

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Ogos: Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyempurnakan Majlis Penutupan SUKMA XXI 2024 menyemarakkan semangat kesukanan para atlet, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana sekali lagi datang ke Bumi Kenyalang untuk merasmikan penutupan SUKMA 2024.

“Dengan program yang agak ketat, Perdana Menteri sanggup untuk terbang dari Putrajaya ke Kuching untuk memberi semangat kepada anak-anak Malaysia yang telah satu minggu berkampung di Bumi Kenyalang,” kata beliau pada majlis berkenaan.

Abang Johari dalam pada itu turut berkata kerajaan negeri sedia membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan program pembangunan sukan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet selepas ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan