Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Andrew Goh Zheng Yin dan Gan Chen Jie

Sasar layak ke Sukan Olimpik Los Angeles

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Ogos: Mendapat gelaran olahragawan dan olahragawati temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI sememangnya menggembirakan Andrew Goh Zheng Yin dan Gan Chen Jie.

Atlet renang Selangor Andrew berkata beliau tidak menjangka diumumkan sebagai pemenang anugerah tersebut.

“Saya berbesar hati dan sejujurnya tidak menjangka menjulang anugerah ini.

“Anugerah ini merupakan pencapaian terbesar saya dan saya bersyukur kepada mereka yang mencalonkan saya. Anugerah ini ditujukan kepada negeri saya (Selangor),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan SUKMA XXI di Stadium Perpaduan malam tadi.

Tambah Andrew, beliau tidak akan berhenti setakat SUKMA, malah akan terus berusaha untuk mendapatkan tempat pada Sukan Asia Nagoya 2026, Sukan SEA 2027 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Bagi atlet menembah Negeri Sembilan yang dinobatkan sebagai olahragawati, Chen Jie berkata, beliau terpaksa menempuhi perjalanan sukar sebelum mengecapi kejayaan tersebut kerana mengalami kecederaan.

“Saya mengalami kecederaan selama setahun setengah dan ia menyebabkan saya tidak boleh menembak dalam jangka masa lama. Namun, saya berjaya mengatasi masalah ini melalui sokongan jurulatih, pasukan, keluarga dan negeri.

“Saya berterima kasih kepada mereka dan ini tentunya pembakar semangat untuk saya. Saya juga menyasarkan untuk layak ke temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan akan memberikan 100 peratus komitmen” ujarnya.

Untuk rekod, SUKMA 2024 merupakan SUKMA yang kedua dan terakhir buat Andrew dan Chen Jie.

Andrew dan Chen Jie masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan dan piala pusingan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Andrew dinobatkan sebagai olahragawan selepas kejayaannya meraih lima pingat emas dengan dua daripadanya memecahkan rekod kebangsaan menerusi acara 100m kuak dada (1:01.39s) dan 50m kuak dada menerusi masa 28.03s pada saringan dan 27.40s pada final, mengatasi rekod Sukan SEA 27.56s yang dicatatkan perenang Indonesia Felix Viktor Iberie pada edisi 2023 di Kemboja.

Manakala, Chen Jie melakar rekod baharu dalam acara 10m Air Rifle individu dengan 248.2 mata mengatasi catatan 243.7 mata dan 50m Rifle 3 Posisi dengan 499 mata mengatasi rekod 443.5 mata, selain membawa pulang emas 50m Rifle Prone, acara berpasukan wanita bagi 10m Air Rifle, 50m Rifle Prone dan 50m Rifle 3 Posisi serta 10m Air Rifle campuran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan