MIRI, 26 Ogos: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menerima dana berjumlah RM70,000 daripada Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) hari ini untuk jalinan kerjasama dalam Program Landskap Angkat.
Menurut kenyataan media MBM, program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) MPA untuk mencantikkan kawasan persekitaran.
Dana tersebut akan digunakan untuk mengubah Bulatan Pelabuhan Miri seterusnya menjadi mercu tanda menarik yang mempamerkan keindahan Miri.
Kerja pembinaan dijangka bermula Oktober dan berakhir Disember tahun ini.
MPA dan MBM teruja dengan kerjasama tersebut terutama untuk melihat kesan positif terhadap imej bandar.-TVS