Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR mencari mangsa banjir kilat yang melanda kampung Rua, Ternate, Maluku Utara, Indonesia giat dijalankan. Foto BNPB

Mangsa banjir di Maluku Utara terus meningkat, 14 orang disahkan maut

ByTVS

JAKARTA, 26 Ogos: Jumlah mangsa banjir yang melanda kampung Rua, Ternate, Maluku Utara pada Ahad terus meningkat kepada 14 maut, lapan cedera manakala lima lagi dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dianggotai 400 orang kini giat menggerakkan operasi.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhari berkata agensi itu masih menjalankan penilaian sambil merekodkan jumlah mangsa yang hilang bagi memastikan semua mangsa ditemui.

“Sementara operasi SAR sedang dijalankan, kita juga terus menggesa penduduk supaya melaporkan sekiranya ada ahli keluarga yang masih hilang bagi memastikan pencarian dijalankan dan kesemua mangsa ditemui keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut mendedahkan terdapat kemungkinan jumlah mangsa akan terus meningkat berikutan operasi SAR yang sedang dijalankan setakat ini.

Tempoh kecemasan pengurusan bencana turut diisytiharkan oleh kerajaan tempatan selama 14 hari bagi menangani bencana itu.

Difahamkan sebelum ini, banjir yang melanda wilayah itu berlaku selepas dua hari hujan lebat menyebabkan banjir yang membawa tanah dan batu menghanyutkan lebih 30 rumah di situ.

Orang ramai juga diminta bersiap sedia berikutan amaran hujan mungkin berlaku di wilayah itu dan boleh menyebabkan banjir serta tanah runtuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan