JAKARTA, 27 Ogos: Kerajaan tempatan merekodkan sebanyak 59 kes Mpox (penyakit cacar monyet) sejak Oktober 2023 hingga bulan ini.
Ketua Dinas Kesihatan Jakarta Ani Ruspitawati berkata, pada tahun ini sebanyak 11 kes dikesan tersebar di beberapa wilayah.
“Secara terperinci, enam kes direkodkan pada Januari 2024, kemudian tiga kes pada Februari 2024.
Mpox: KDN tumpu kawalan keselamatan di empat pintu masuk utama negara
“Masing-masing satu kes pada Mei dan Jun, tetapi tiada kes virus strain clade 1b direkodkan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau turut mendedahkan semua kes yang dikesan melibatkan penduduk berumur 21 hingga 50 tahun.
Ani berkata, pihaknya akan terus melaksanakan sistem pencegahan dan kawalan Mpox termasuk vaksinasi dan mengaktifkan makmal bagi mempercepatkan proses pemeriksaan bagi individu yang disyaki terdedah kepada virus berkenaan.
Menerusi langkah yang diambil, Indonesia berharap penularan virus berkenaan dapat diminimumkan. -TVS.