Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar memaparkan bendera Jalur Gemilang didakwa dipasang secara terbalik yang dikatakan berlaku pada 2020 dimuat naik semula oleh individu tidak bertanggungjawab di laman sosial hari ini. Foto media sosial

Individu tidak bertanggungjawab ulang siar gambar Jalur Gemilang terbalik

NIBONG TEBAL, 27 Ogos: Polis mengesahkan satu gambar yang memaparkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik merupakan gambar lama yang dimuat naik semula ke laman sosial oleh individu tidak bertanggungjawab hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim berkata, pihaknya mengesan hantaran di laman Facebook oleh satu akaun yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dengan cara salah.

“Hasil siasatan mendapati kes itu berlaku pada 2020 di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Bukit Tambun yang diulang siar oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak memanipulasi kes viral yang boleh menyebabkan kekeliruan dan secara tidak langsung mencetuskan isu perkauman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, orang ramai disarankan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan tidak sesekali menyebarkan maklumat tidak tepat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan