SRI AMAN, 27 Ogos: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman kini giat memburu seorang suspek lelaki berhubung kes Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Suspek dikenali Juli ak Mangkuk,31, beralamat di Rumah Sawai Jungkong Pandak, Bukit Balau, Lingga.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, suspek tidak hadir di Mahkamah Majistret Sri Aman pada 22 Ogos lalu.
“Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh majistret ke atas suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak polis sedang giat meneruskan usaha menjejaki suspek.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera melaporkan kepada Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat,Sarjan Zuriana Jamali di talian 010-7883733,” ujarnya.-TVS