Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan ke Makmal Ujian Industri Nasional 4.0 (Pembuatan Canggih) Swinburne-CSIRO bagi melihat proses pembuatan bahan mentah canggih di fasiliti tersebut. Foto Aziz Soleh (TVS)

Pusat penyelidikan aeroangkasa, tenaga hidro bakal ditubuh di Swinburne Sarawak – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

MELBOURNE, 27 Ogos: Sebuah pusat penyelidikan baharu pengkhususan industri aeroangkasa bakal ditubuhkan di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata kegiatan pusat penyelidikan itu turut merangkumi kajian terhadap tenaga, teknologi turbin untuk kegunaan tenaga hidro serta bahan mentah yang canggih bagi industri berkaitan.

“Pertama sekali, (pusat) ini akan membolehkan kita mempunyai cara baharu dari sudut pengagihan tenaga.

“Keduanya, seperti yang telah saya umumkan, Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti Sarawak sebagai tempat untuk melancarkan satelit, dan ia ada hubung kait dengan industri aeroangkasa,” katanya ketika ditemui TVS di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut berkaitan penubuhan pusat penyelidikan baharu itu, Abang Johari berkata tenaga pengajar dan pakar perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

“Saya lihat tenaga pengajarnya ada di kampus utama (Hawthorne) yang kita boleh kongsi bersama dengan institusi pengajian Sarawak dalam program perkongsian ilmu.

“Kita juga perlu melakukan libat urus dengan universiti lain. Umpamanya dari sudut aeroangkasa, mungkin kita boleh terlibat urus dengan NASA di Amerika Syarikat,” jelas beliau.

Menurut beliau kajian bakal dilakukan bagi mengenal pasti tempoh pelaksanaan termasuk lokasi pusat penyelidikan baharu tersebut.

Abang Johari terdahulu mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak dalam lawatan kerja lima hari ke Australia bermula Isnin (26 Ogos).

Lawatan di sini menyaksikan beliau berkunjung ke Makmal Ujian Industri Nasional 4.0 (Pembuatan Canggih) Swinburne-CSIRO bagi melihat proses pembuatan bahan mentah canggih di fasiliti tersebut.

“Hari ini banyak yang kita pelajari mengenai bahan mentah yang kuat dan ringan tapi tahan lama.

“Apa yang penting sekarang ialah untuk menterjemahkan kepada pihak kita kerana kita ada kelebihan, iaitu (sumber) tenaga boleh diperbaharui kita untuk mengeluarkan bahan baharu ini,” ujar beliau.

Tambah Abang Johari, program pertukaran graduan ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama 18 bulan antara kampus Swinburne Sarawak dengan kampus Hawthorne, Melbourne jurut diadakan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan perkara berkenaan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan