BINTULU, 27 Ogos: Sebuah rumah tidak berpenghuni bersebelahan Pejabat Kastam, Kampung Jepak di sini, terbakar hari ini.
Komander Operasi, PBK II Fabian Andy Jesi berkata, pihaknya menerina laporan berhubung kes itu jam 11.59 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah tiada berpenghuni struktur jenis tidak kekal telah terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran satu nozel 200 kaki dan menggunakan sumber air dari pam jentera.
“Operasi pemadaman ditamatkan setelah api berjaya dipadam sepenuhnya dan keadaan benar-benar selamat,” ujarnya. -TVS