MIRI, 28 Ogos: Seramai 300 warga Sekolah Menengah Agama Miri, di sini meraikan ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Sarawak Daerah Miri hari ini.
Ketibaan konvoi itu turut disambut Timbalan Menteri Pembangunan Menteri dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus di perkarangan sekolah berkenaan.
Rosey ketika berucap menekankan kepentingan generasi muda kini menghargai perjuangan pemimpin terdahulu yang bekorban dalam membina kemerdekaan yang dinikmati hari ini.
“Saya yakin anak-anak kita telah didedahkan dengan sejarah lampau, dan kita amat mengetahui bahawa semua yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada perjuangan pemimpin sebelum kita.
“Perjuangan kita adalah meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini, dan saya yakin anak-anak yang berada di dewan pada pagi ini adalah juga pemimpin pada masa hadapan yang akan meneruskan perjuangan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Rosey berharap acara konvoi tersebut menyemarakkan lagi semangat patriotime dalam kalangan pelajar di sini termasuk seluruh rakyat Sarawak. -TVS