Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berucap di Majlis Lantikan Majlis Pengakap Daerah Miri dan Majlis Pesuruhjaya Miri di sini, semalam. Foto TVS

Lebih 10,000 keahlian aktif Pengakap Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 28 Ogos: Lebih 10,000 orang keahlian aktif Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak direkodkan setakat ini, kata Yang Dipertua Majlis Pengakap Miri, Datuk Gerawat Gala.

Angka berkenaan disifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) itu sebagai suatu pencapaian yang baik untuk Pengakap Sarawak.

Gerawat mengakui aktiviti yang dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu berupaya membentuk sahsiah anak-anak muda.

“Ada satu aktiviti yang sangat saya sukai sebagai seorang ahli pengakap pada zaman persekolahan, saya tidak tahu sama ada zaman sekarang ia masih wujud atau tidak. Pada waktu saya dahulu ia dikenali sebagai ‘job week’. Kami melakukan pelbagai kerja dengan pelbagai gaji.

“Dari situ kamu belajar kumpulkan keberanian tanya kerja apa nak dilakukan. Saya percaya sekarang pun walaupun aktiviti-aktiviti dan program mungkin berlainan sedikit tapi tujuannya sama untuk membina generasi muda. Kerana saya tahu pergerakan pengakap kita boleh membantu membina sahsiah yang lebih baik dan kukuh dalam kalangan generasi muda kita terutamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Lantikan Majlis Pengakap Daerah Miri dan Majlis Pesuruhjaya Miri di sini, semalam.

Tambahnya, Persatuan Pengakap bukan sahaja masih aktif di Malaysia malah ia masih relevan di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau akan memastikan pejabat Majlis Pengakap Daerah Miri akan ditambah baik pada tahun hadapan.

Namun katanya ia bergantung kepada tempoh sewaan yang diberikan, sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Justeru untuk tujuan tersebut beliau memperuntukkan sebanyak RM8,000 pada tahun ini kepada Majlis Pengakap Daerah Miri dan akan memberikan sebanyak RM20,000 pada tahun hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan