Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera di bahagian kaki kiri selepas berlaku kebocoran tabung gas alat pemadam api jenis ‘heptafluoropropane’ yang menyebabkan berlaku letupan kecil di kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, Miri, hari ini. Foto JBPM

Lelaki cedera selepas alat pemadam api meletup

MIRI, 28 Ogos: Seorang lelaki cedera di bahagian kaki kiri selepas berlaku kebocoran tabung gas alat pemadam api jenis ‘heptafluoropropane’ yang menyebabkan berlaku letupan kecil di kediamannya di Bandar Baru Permyjaya di sini, hari ini.

Komander Operasi, PBT II Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.59 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku semasa mangsa, Ferderick Laja Buma,31, hendak memindahkan tabung tersebut ke belakang rumah dari tempat parkir kereta.

“Tiba-tiba tabung tersebut terlepas dari tangan lalu menghempap kaki mangsa. Letupan berlaku ketika injap tabung tersebut telah patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telahpun dihantar ke Hospital Miri oleh saudaranya sebelum pihak bomba tiba di lokasi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah membuat size up pihak bomba bertindak memindah alat pemadam api tersebut ke atas jalan raya hadapan rumah mangsa sehingga gas di dalam tabung tersebut habis.

“Kemudian pihak bomba menghubungi pihak syarikat MUI LEE untuk membuat kerja-kerja menghapus tabung tersebut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan