Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perancis akan menguji larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah sebaik sahaja sesi baharu persekolahan bermula pada September ini. Foto hiasan Envato

Perancis uji larangan telefon bimbit di sekolah mulai September

ByBernama

ANKARA, 28 Ogos: Perancis akan menguji larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah sebaik sahaja sesi baharu persekolahan bermula pada September ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menteri Pendidikan Nicole Belloubet pada Selasa berkata “jeda digital” itu akan memberi kesan kepada 200 sekolah buat masa ini.

Beliau menyatakan hasrat untuk melaksanakan larangan itu di semua sekolah di seluruh negara pada Januari 2025.

“Namun, saya tekankan ini tidak bermakna saya menolak penggunaan pedagogi secara digital,” kata menteri itu sambil mengakui manfaat kecerdasan buatan sebagai alat pembelajaran.

Beliau berkata tujuan larangan itu adalah untuk menghalang pelajar daripada menggunakan telefon mereka di kawasan sekolah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan