Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Billy Sujang (kanan) dan Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ditemui pada sesi penyerahan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Lundu, hari ini. Foto TVS

Jambatan Kampung Selampit dijangka dibina Oktober 2024

LUNDU, 29 Ogos: Projek pembinaan jambatan Kampung Selampit dijangka dibina pada Oktober tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang.

Menurutnya, surat setuju terima projek bernilai RM27.9 juta telah diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada 21 Ogos lalu kepada kontraktor pelaksana.

“Disebabkan beberapa prosedur yang lain perlu dipatuhi, projek ini akan bermula pada Oktober,” katanya ditemui pada sesi penyerahan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Sungai Kayan di sini, hari ini.

Projek jambatan sepanjang 200 meter itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, katanya.

Jelasnya, kerajaan juga akan membuat bayaran pampasan kepada pemilik tanah yang terbabit dalam projek pembinaan itu.

Sementara menunggu jambatan itu siap, Billy berkata beliau akan menyediakan perahu tambang baharu untuk penduduk dengan peruntukan di bawah Agensi Penyelaras Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Perahu itu katanya, dibuat khas untuk kegunaan penduduk dengan ciri-ciri keselamatan dan akan diserahkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Billy menyertai Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa perahu karam.

Pada Isnin lepas, tiga pelajar sekolah lemas dalam kejadian bot karam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan