Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek ini merupakan sebahagian daripada kontrak pembinaan yang berlangsung dari 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2026. Foto LCDA

Pembinaan jalan sementara bermula 4 September ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 Ogos: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) mengumumkan kerja pembinaan jalan sementara di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Muhammad Salahuddin akan bermula pada 4 September dan dijangka selesai 3 Disember.

Menurut kenyataan LCDA, projek tersebut merupakan sebahagian daripada kontrak pembinaan yang berlangsung dari 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2026.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut dan mematuhi segala arahan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

“Pengguna jalan raya diminta lebih berwaspada ketika memandu di jalan ini sepanjang tempoh pembinaan dan mengikuti panduan trafik disediakan,” kata jurucakap LCDA menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebarang perubahan terhadap tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja pembinaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh LCDA.

Pengguna jalan raya turut disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan dan sebarang kesulitan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan berharap pengguna jalan raya dapat memberikan kerjasama yang sepanjang tempoh ini,” ujarnya.

Bagi sebarang aduan atau pertanyaan lanjut mengenai aliran trafik, orang ramai boleh menghubungi pihak LCDA di talian (082-235944) atau melayari portal rasmi di [https://www.lcda.gov.my](https://www.lcda.gov.my/). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan