Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Li (kiri) dan Roslan (kanan) pada majlis pelancaran berasingan Proton X70 terbaharu di Kota Kinabalu, pada Rabu. Foto TVS

Proton peka keperluan unik pembeli Sarawak, Sabah

ByDouglas Elliot

KOTA KINABALU, 30 Ogos: Proton Holdings Berhad (Proton) peka mengenai keperluan unik dihadapi pembeli di Sarawak dan Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, berkata kedua wilayah ini menjadi pasaran yang semakin penting bagi pengeluar kereta nasional itu.

Menurutnya, mereka ingin memperkukuhkan kedudukan di Sarawak dan Sabah menerusi pelancaran model SUV X70 yang baharu.

“Keperluan unik pembeli di sini dan hubungan mereka yang kuat dengan jenama ini sentiasa mendorong kami untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik.

“Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan kenderaan baharu, ia adalah tentang memperkukuhkan komitmen kami kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa pelancaran berasingan Proton X70 di Sarawak dan Sabah di sini, baru-baru ini.

Ujarnya, sumbangan angka jualan model SUV segmen-C popular itu memainkan peranan penting dalam kejayaan Proton di Sarawak dan Sabah.

Terdahulu, Timbalan Ketua Eksekutif Proton Roslan Abdullah turut memberitahu jumlah jualan model Proton di Sabah sejak tahun 2018 hingga Julai 2024 melonjak sebanyak 214 peratus iaitu daripada 3,093 unit kepada 9,697 unit, didominasi oleh model terlaris Proton Saga.

“Manakala untuk Sarawak pula, ia turut meningkat sebanyak 98 peratus, dari 3621 unit kepada 7176 unit,” jelasnya.

Dengan teknologi yang dikemas kini dan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan yang dipertingkatkan, Proton X70 2025 diyakini akan membawa Proton ke kedudukan teratas dalam pasaran SUV premium di Sarawak dan Sabah.

Model ini turut didatangkan dengan peranti infotainment bersaiz 12.3 inci yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Dijana oleh enjin 1.5L TGDI, model X70 terbaharu ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan yang mampu menjana sebanyak 130 kW (177 PS) pada 5,500 rpm serta tork 255 Nm antara 1,500 hingga 4,000 rpm.

Model terbaharu X70 boleh didapati dalam varian Standard, Executive, Premium dan Premium X dengan harga bermula RM100,800 hingga RM128,800 bagi pasaran Sarawak dan Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan