Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres. Foto fail AFP

Setiausaha Agung PBB lawat Singapura mulai 31 Ogos 2024

ByBernama

SINGAPURA, 30 Ogos: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura bermula Sabtu (31 Ogos) atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Guterres ke republik itu sebagai Setiausaha Agung PBB.

Semasa di Singapura, Guterres akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam, serta bertemu dengan Perdana Menteri Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Perdana Menteri juga akan menjadi tuan rumah jamuan makan tengah hari sempena lawatan Guterres.

Selain itu, Guterres akan mengadakan lawatan ke Marina Barrage dan makan tengah hari bersama Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar serta Menteri yang bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, Grace Fu.

Beliau juga akan dibawa melawat Perpustakaan Wilayah Punggol oleh Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital, Dr Janil Puthucheary.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo, yang juga Menteri yang bertanggungjawab bagi Negara Bijak dan Keselamatan Siber serta Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri akan menjadi hos majlis makan malam untuk Guterres. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan