TOKYO, 1 Sept: Tiga daripada lima orang yang hilang semasa tanah runtuh di Wilayah Aichi disahkan meninggal dunia dengan dua lagi mengalami kecederaan, lapor penyiar NHK, menurut Sputnik.
“Manakala, seorang lagi dilaporkan maut di Bandar Kamiita Pulau Shikoku.
“Ini menjadikan jumlah angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.”
Taufan Shanshan tiba di darat kira-kiran pukul 8 pagi waktu tempatan (23:00 GMT Rabu) di pesisir Pantai Wilayah Kagoshima di Pulau Kyusu, berhampiran Bandar Satsumasendai.
“Di Bandar Raya Hiratsuka, air mencecah pintu kereta. Hampir 31,000 rumah di Pulau Kyusu kini tiada bekalan elektrik.
“Taufan ini telah menyebabkan perkhidmatan kereta api Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya digantung pada Sabtu dengan beberapa lebih raya ditutup,” jelas kenyataan itu. – TVS