Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang Festival Busking Antarabangsa Kuching 2024. Foto TVS

Platform ketengah bakat seni anak tempatan

KUCHING, 1 Sept: Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF) 2024 dilihat sebagai platform mengetengah bakat seni persembahan anak tempatan selain memperkasa sektor pelancongan Sarawak.

Pengerusi Penganjur KIBF 2024, Gerald Goh berkata, KIBF 2024 yang diinspirasikan daripada acara busking di Daerah Tamworth, Australia diharap dapat mencungkil bakat baharu seni di negeri ini yang dapat dibawa ke pentas antarabangsa.

“Berlatarbelakangkan kepelbagaian dan kemeriahan budaya Kuching, kami yakin mampu mengadakan acara setaraf atau yang lebih hebat selain memperkasakan sektor pelancongan Sarawak. Berbekalkan aspirasi dan inspirasi ini, maka lahirlah KIBF, sebuah platform mengetengahkan kebudayaan, warisan, seni persembahan, kreativiti dan bakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam kemuncak Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF) 2024 di Kuching pada Sabtu.

Seramai 400 peserta mengambil bahagian dalam KIBF 2024 yang berlangsung bermula 29 hingga 31 Ogos.

Kumpulan Los Pintos dinobatkan sebagai Juara Festival Busking Antarabangsa Kuching 2024 selepas menewaskan sembilan kumpulan lain.

Selain membawa pulang gelaran Juara KIBF 2024, johan turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Naib juara disandang kumpulan Friends yang membawa pulang wang tunai RM1,500, sementara tempat ketiga dimenangi kumpulan CR Buskers yang membawa pulang wang tunai RM800. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan