Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. Foto fail AFP

Protes: Presiden UAE beri pengampunan ke atas warga Bangladesh

ByBernama

ABU DHABI, 3 Sept: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan pengampunan kepada warga Bangladesh yang terlibat dalam protes dan gangguan bulan lepas di beberapa tempat di negara itu.

Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan keputusan itu termasuk membatalkan hukuman mereka yang disabitkan kesalahan dan mengatur pengusiran mereka.

Selaras dengan arahan Baginda, Dr Hamad Al Shamsi, Peguam Negara UAE, mengeluarkan perintah untuk menghentikan pelaksanaan hukuman dan memulakan prosedur pengusiran.

Peguam Negara juga menyeru semua penduduk UAE untuk menghormati undang-undang negara, menekankan bahawa hak untuk menyatakan pendapat dilindungi oleh negara dan kerangka undang-undangnya.

Beliau menekankan bahawa negara itu menyediakan cara yang sah untuk menyatakan pandangan, memastikan hak itu tidak bertukar menjadi tindakan yang boleh membahayakan kepentingan negara dan rakyatnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan