Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nicholas Belulin (tiga kiri) berbincang sebelum operasi mencari mangsa terjatuh dalam sungai sebelum dia ditemui penduduk Kampung Semop, Daro, hari ini. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

Lelaki terjatuh di Sungai Nanga Semah ditemui lemas

BINTANGOR, 5 Sept: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai Nanga Semah, Selasa lalu ditemui meninggal dunia hari ini.

Mayat Raya Adam dijumpai penduduk Kampung Semop, Daro kira-kira 23 kilometer dari pusat kawalan operasi pada jam 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pengecaman mayat dibuat oleh keluarganya sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Terdahulu kita melakukan pencarian dengan menggunakan teknik di permukaan air dalam radius dua kilometer dari hulu dan hilir sungai dari lokasi mangsa lemas,” katanya dalam satu kenyataan.

Nicholas berkata, laporan kehilangan lelaki itu dibuat anggota keluarganya di Balai Polis Meradong.

Sebelum kejadian katanya, mangsa sempat ke sawah padi melakukan upacara sembahyang dan kemudiannya menuju ke sungai berhampiran untuk mandi.

“Bagaimanapun sejam kemudian isterinya pergi ke sungai itu untuk mencari lelaki terbabit namun gagal menemuinya.

“Menyedari kehilangan mangsa, dia kemudian bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan polis pada jam 5.10 petang,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan