Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah, yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’. Foto TikTok

Muat naik video murid di TikTok: Nancy arah buat laporan polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan seorang pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah, yang telah memuat naik video pelajar yang dibawanya.

Nancy berkata kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).

“Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasikan. Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa, melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu (Akta Kanak-Kanak 2001),” katanya dalam akaun X beliau, pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada satu hantaran seorang pengguna X, yang berkongsikan beberapa tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah, yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Berdasarkan kepada pemerhatian Bernama di TikTok, pemilik akaun itu yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ yang mempunyai lebih daripada 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah pelajar jelas kelihatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan