KUCHING, 6 Julai: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi membaiki sistem perpaipan menerusi program grid bekalan air di wilayah ini berikutan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tidak mencukupi, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.