KUALA LUMPUR, 6 Sept: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) berkata pasukan perubatannya telah memberikan vaksin kepada lebih 160,000 kanak-kanak pada Khamis, hari pertama fasa kedua kempen pemvaksinan polio di selatan Gaza.