KUALA LUMPUR, 11 Julai: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan Iran berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian dan telah menghantar draf pertama kepada pihak kementerian.