KOTA SAMARAHAN, 11 Jun: Penstrukturan semula skim tangga gaji tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW hanya mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800.