Sarawak Energy terima guna teknologi baharu bekal kuasa ke Ba’kelalan

KUCHING, 29 Jun (Bernama) — Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) menerima guna teknologi baharu – Medium Voltage Covered Conductor (MVCC) – untuk menghubungkan bekalan tenaga elektrik dari pekan Lawas ke kawasan petempatan terpencil di Ba’Kelalan, daerah paling utara Sarawak.

Tiga Tekong Darat, 12 Pati Mujur Ditangkap

KUCHING, JUN 29 : Bisi 12 iku Peranak Tama Nadai Pemendar (PATI) ari Indonesia nyengkaum empat iku nembiak enggau tiga peranak menua luar udah ditangkap raban Gerakan Am (PGA) Batalion ba dua bengkah operasyen maya hari satu.

Dua Cedera Dalam Kemalangan Bas Ekspres

SRI AMAN: Pemandu kedua dan seorang penumpang sebuah bas ekspres dikejarkan ke Hospital Sri Aman kerana cedera dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Sri Aman-Kuching hari ini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok berkata pemandu dikenali sebagai Billy James dan penumpang, Yanti  Mustafa.
Seorang pemandu dan lima lagi penumpang tidak cedera.
Menurutnya, kemalangan tersebut berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Miri ke Kuching iaitu sekitar jam 6.40 pagi.
“Setiba di lokasi kejadian, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan lalu jatuh dan terbalik. Seorang penumpang dan pemandu bas simpanan dikejarkan ke Hospital Sri Aman dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya juga, empat daripada penumpang bas tersebut merupakan warga Indonesia.
“Empat warga Indonesia termasuk dua wanita masing-masing mempunyai permit perjalanan dan mereka dalam perjalanan balik ke negara asal melalui Tebedu dan Biawak,” katanya.