Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua peratus, bantu M40 

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada golongan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.