Kerajaan Nilai Semula Sop Jika Kes COVID Turun Bawah 4,000 – Ismail Sabri

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan penuh pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian COVID-19 turun bawah 4,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PDPR Turut Diambil Kira Sebagai Komponen Penilaian UPKK – KP JAKIM

PUTRAJAYA: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dinilai oleh guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sekolah masing-masing, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh.

NMSC Pindah Lokasi PRC, Persediaan Buka PPV Esok

KUCHING: Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC) memindah lokasi Pusat Saringan Sementara (PRC) COVID-19 secara pandu lalu ke Pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak sebagai persediaan untuk membuka NMSC sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula Isnin (14 Jun 2021).

IPD Kuching Ubah Strategi Pantau Pematuhan SOP

KUCHING: Berikutan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengambil pendekatan baharu dengan menambah dua lagi pasukan operasi pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kerajaan Iktiraf, Tidak Campur Urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengiktiraf kewujudan Jawatankuasa Khas Bebas di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan tidak campur tangan dalam sebarang urusan jawatankuasa itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.