Search
Close this search box.
ACP Zulkipli Suhaili (tengah) pada sidang media di IPD Sibu hari ini. Foto TVS

Kes bunuh pembantu kedai wanita di Sibujaya bermotifkan wang

SIBU, 24 Feb: Polis Sibu percaya kes bunuh seorang pembantu kedai wanita yang ditemukan berlumuran darah dengan kesan tikaman di anggota badan dalam kejadian di hadapan lot kedai di Sibujaya di sini, semalam bermotifkan wang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, ia berdasarkan siasatan awal ke atas dua suspek lelaki berusia 28 dan 27 tahun yang berjaya ditahan di dua lokasi berbeza berhubung kes itu.

Wanita maut dipercayai ditikam bekas teman lelaki

“Hasil siasatan daripada tangkapan kedua suspek mendapati suspek kedua yang merupakan peniaga burger dan juga kenalan mangsa dikatakan ingin meminjam wang namun tidak diendahkan mangsa.

“Akibat itu suspek telah bertindak menikam mangsa sebanyak enam kali,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Zulkipli, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati suspek pertama tidak mempunyai rekod lampau manakala suspek kedua positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Katanya, polis juga telah merampas sebilah pisau dan pakaian suspek kedua untuk dijadikan barang kes dan kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, katanya, suspek pertama yang juga bekas suami mangsa telah direman selama tujuh hari manakala permohonan reman suspek kedua akan dilakukan di Mahkamah Sibu esok.

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis percaya kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan