MCMC dan PDRM bekerjasama tumpaskan kegiatan ‘swinger’ di platform media sosial

CYBERJAYA, 3 Apr: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian (online).
Kegiatan kumpulan ’swinger’ ini yang melibatkan aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh MCMC.