Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Tiada keperluan swasta laksana TVET

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 3 April: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang untuk membenarkan pihak swasta melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) ketika ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kerajaan malah komited menyediakan akses TVET yang berkualiti kepada pelajar.

“Walau bagaimanapun KPM sentiasa terbuka untuk sebarang kerjasama dengan pihak swasta dalam memperkasakan laluan TVET KPM,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Nelson Renganathan yang ingin tahu sama ada kerajaan akan membenarkan pihak swasta mengendalikan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat di Malaysia.

Kata beliau, pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bersama industri dan kolej vokasional juga dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri.

“KPM yakin melalui perancangan komprehensif peluasan program TVET di bawah institusi TVET KPM akan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi pendidikan TVET yang berkualiti serta menampung permintaan industri terhadap pendidikan TVET,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan