Search
Close this search box.
Profesor Madya Dr. Saimi Bujang (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan berupa wang tunai daripada Mohamad Sardon Zainal (kanan) kepada pelajar Asnaf UiTM. Foto Muqri Aziz (TVS)

UiTM Sarawak sampai sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada 95 penuntut

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 6 Mei: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai serta bakul makanan iaitu Ready-to-Eat (RTE) dan makanan sihat kepada 95 penuntut dari golongan asnaf dan mualaf di kampus itu.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Dr. Saimi Bujang berkata, ia merupakan antara siri sambungan daripada Majlis Iftar Perdana bersama Premier Sarawak pada 26 Mac lalu bagi membantu meringankan beban mereka.

“Sumbangan oleh penaja iaitu Tabung Haji (TH), TV Sarawak (TVS), Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) diharap dapat dijadikan mahasiswa sebagai batu loncatan untuk berjaya dan sentiasa menghargai sumbangan pihak yang membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Meal & Mind’ Siri 3 (Edisi Syawal) di Ruai Penggawa, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Media TV Sarawak (TVS), Mohamad Sardon Zainal serta tetamu kehormat yang lain.

Dr. Saimi yang mewakili Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan tugas-tugas Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Dr. Mohammad Isa Mohamadin itu turut berkata, UiTM Cawangan Sarawak komited memastikan kebajikan mahasiswa di dalam kampus terpelihara.

“Di UiTM Cawangan Sarawak, kita mempunyai Tabung Sri Kenyalang yang mana alumni-alumni UiTM serta syarikat korporat luar dapat menyumbang pada tabung ini untuk kita bantu mahasiswa dalam kelangsungan hidup ketika menuntut ilmu di sini.

“Banyak alumni-alumni UiTM kita yang membantu menyalurkan sumbangan kepada tabung ini antaranya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang dahulunya mereka menuntut di UiTM dan saya amat berterima kasih kepada mereka,” tambah beliau.

Beliau mengakui kos sara hidup semakin meningkat dan sehubungan itu pihaknya berusaha sedaya upaya bagi memastikan kebajikan serta kelangsungan hidup mereka terpelihara melalui pemberian bantuan daripada Tabung Sri Kenyalang dan bantuan zakat selain bantuan lain seperti program Food Bank Siswa dan Dapur HEP. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan