Meraikan pencapaian dan membayangkan masa depan di mana wanita memiliki peranan yang setara merupakan salah satu usaha menghargai pencapaian wanita dalam muzik menginspirasi dan membuka jalan bagi legasi seterusnya.
Dari Melodi ke Legasi merupakan perbincangan untuk mengkaji bagaimana wanita mempengaruhi perkembangan muzik.
Persembahan khas dari Melissa Francis
“Berehat Bukan Berhenti” mempunyai makna yang mendalam dan relevan dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti kerjaya, keluarga, pendidikan, dan kesejahteraan diri terutamanya bagi wanita. Frasa ini mengingatkan wanita bahawa mengambil masa untuk berehat dan menjaga diri bukanlah tanda kelemahan atau kegagalan.
Berehat membolehkan wanita melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza dan bangkit dengan lebih bersemangat.
Moden dan konvensional, keduanya mempunyai peranan yang penting dalam mengimbangi norma masyarakat, khususnya di Malaysia. Pandangan yang berbeza namun, banyak perkara yang boleh dipelajari antara satu sama lain. Wanita, sama ada moden atau konvensional, memerlukan persekitaran yang mendukung mereka dalam membangun potensi diri. Saksikan juga persembahan khas dari Claudia Geres
Menjalani kehidupan sebagai pesakit kanser bukan perkara yang mudah. Hilang semangat, putus harapan, rasa itulah yang terakhir dalam kehidupan. Namun dengan sokongan padu insan tersayang, rakan-rakan dan komuniti sekeliling merupakan kekuatan untuk terus bertahan.
Anggun menyoroti perjalanan hidup mereka yang didiagnosis dengan kanser, rawatan dilalui dan kecekalan berdepan dugaan.
Persembahan khas dari Wani Azmi.
Wanita dominan adalah personaliti yang menunjukkan ketegasan, kepimpinan, dan pengaruh yang kuat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka termasuk persekitaran profesional, peribadi, dan jaringan sosial mereka. Karakter yang dominan ini membawa dinamik yang unik yang menjadi “timbang tara” dalam institusi kekeluargaan dan organisasi. Wanita Dominan, sejauh mana keterbukaan masyarakat dalam menerima personaliti tersebut?
Setiap individu menginginkan bahtera rumahtangga yang kekal hingga ke akhir hayat.
Bahtera yang dibina pasti ada liku-liku yang perlu ditempuhi hingga ada yang terpaksa mengambil jalan penceraian sebagai jalan terakhir.
Namun, pengakhiran adalah awal yang baharu. Perceraian bukanlah semestinya tanda kegagalan, tetapi kesempatan untuk memulai hidup yang lebih baik dan menemukan kebahagiaan sejati demi diri sendiri serta anak-anak.
Seni tradisi adalah ekspresi budaya yang membentuk identiti sesebuah kaum atau etnik. Seiring evolusi ketamadunan manusia, seni dan budaya diterjemah ke pelbagai bentuk. Contohnya tarian, nyanyian dan pakaian.
Justeru, sebagai pewaris seni dan pelestari budaya masyarakat memainkan peranan penting agar adat dan budaya tidak pupus oleh arus pemodenan zaman.
Kecantikan ialah sesuatu yang subjektif serta mempunyai definisi berbeza di mata yang melihat. Namun, wanita adalah sosok yang sangat dikait rapat dengan sesuatu yang cantik. Bagi sesetengah wanita, kecantikan itu bukan untuk menjadi pusat perhatian, tapi lebih kepada meningkatkan rasa cinta dan yakin pada diri sendiri.
Pembawaan diri menerusi pemakaian seringkali dijadikan gambaran pertama seseorang individu. Namun, apakah ianya mampu dijadikan satu-satunya pengukur dalam mengenali seseorang? Apakah mungkin cara pemakaiannya hanya berdasarkan keselesaan atau pemakaiannya menjadi ekspresi kreatif sesebuah personaliti? Mari kita bersama-sama menyelami topik “Keselesaan atau Gaya?” bersama tetamu-tetamu jemputan Anggun.
Episod kali ini membincangkan topik Kompromi Ibu Muda bersama tetamu jemputan, Mila Jirin, Arabyrd & Profesor Madya Dr Surena Sabil.