Search
Close this search box.

Aroma Sungkei Musim ke-2

  • 1 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 22
  • 2 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 21
  • 3 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 20
  • 4 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 19
  • 5 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 18
  • 6 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 17
  • 7 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 16
  • 8 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 15
  • 9 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 14
  • 10 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 13
  • 11 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 12
  • 12 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 11
  • 13 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 10
  • 14 Aroma Sungkei Musim ke-2 EP 9
  • 15 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 8
  • 16 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 7
  • 17 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 6
  • 18 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 5
  • 19 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 4
  • 20 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 3
  • 21 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 2
  • 22 Aroma Sungkei Musim ke-2 Ep 1
  • 23 Aroma Sungkei Musim ke-2

Resipi

1. Asam Rebus Batang Keladi

Bahan-bahan:

Batang keladi
3 keping asam gelugor
1 serai
3 daun kesum
4 cili merah
2 cili padi
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10gram bikan bilis
1 ketul kunyit hidup
Garam
Gula

Cara memasak:
1. Rebus batang keladi sehingga empuk.
2. Kisar cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, ikan bilis & kunyit hidup.
3. Tumis bahan kisar bersama daun kesum dan serai.
4. Masukkan batang keladi yang sudah direbus dan perasakan.
5. Reneh seketika, sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.

2. Salad Tembikai

Bahan-bahan:

1 timun
¼ tembikai
2 oren sankis
1 bawang merah besar
3 biji limau
Daun pudina

Cara penyediaan:
1. Potong kiub tembikai, timun dan buah oren. Hiris bawang merah dan perah limau.
2. Campur kesemua bahan ke dalam mangkuk. Masukkan daun pudina.
3. Sedia untuk dihidang.

3. Soya Cincau

Bahan-bahan:

1 liter soya segar
1 paket cincau
3 sudu gula apong
Daun pandan
Ais

Cara penyediaan
1. Cairkan gula apong dan masukkan pandan.
2. Potong kiub cincau dan masukkan ke dalam jag.
3. Tambahankan soya segar, gula apong cair dan ais.
4. Sedia untuk dihidang.

More Like This