Search
Close this search box.

Ertugrul

  • 1 Promo Ertugrul S4: Ep74-77

Episod 74: Episod ini bermula dengan pertandingan acara berlari mendukung kambing oleh Ertugrul dan pengikutnya. Halime, isteri Ertugrul yang sedang mengandung juga hadir. Sebaik sahaja pertandingan selesai, Amila Hatun bersama dua lelaki datang menemui Ertugrul untuk memaklumkan bahawa mereka telah diserang dan dirompak. Ertugrul mengambil tindakan pantas mengarahkan pengikutnya iaitu Turgut dan Bamsi bersiap sedia untuk menghapuskan perompak tersebut.Semasa dalam perjalanan untuk menyerang perompak tersebut, Ertugrul dan pengikutnya menemui banyak mayat yang bergelimpangan. Mayat-mayat tersebut merupakan perompak yang dibunuh oleh pedagang yang berkemahiran berlawan. Ahmet menyampaikan berita kepada Ertugrul bahawa Kritos merancang menakluki istana Karacahisar. Mereka merancang untuk menyerang dengan menggunakan tentera yang hebat dan membunuh Ertugrul. Ianya akan diketuai oleh seorang ketua perang bernama Noyan. Noyan pernah berlawan dengan Ertugrul, dia dianggap telah mati dan ditinggalkan sebelum ini walhal sebenarnya dia masih hidup.

More Like This