EPISOD 13 : WAWASAN DAN KESINAMBUNGAN
Episod ini menutup tirai dokumentari Salam Nusantara bagi musim ini.
Merangkumkan perkembangan tamadun Sarawak dan mengetengahkan wawasan kemajuan Islam di Sarawak untuk masa depan.
Episod ini menyajikan sejarah perjuangan anak watan dalam menuntut hak kemerdekaan demi mengembalikan kemuliaan bangsa.
Antara peristiwa penting kebangkitan nasionalisme Sarawak adalah pergerakan anti-serahan.
Wanita tidak terlepas daripada memberikan sumbangan bermakna dalam pembinaan negara.
Menariknya, wanita di Sarawak memimpin perubahan pada zamannya, dengan prinsip dan semangat keislaman, sesuai dengan perintah Tuhan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kejahatan.
Episod ini menyajikan maklumat tentang tradisi Ngaji dan kepentingan pendidikan
Bagi masyarakat Muslim di Sarawak, pendidikan agama adalah menjadi keutamaan, demi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai Muslim yang taat kepada perintah Tuhan
Dalam masa yang sama, perkembangan awal sekolah formal di Sarawak juga disorot. Lebih menarik, para agamawan di Sarawak menunaikan tanggungjawab keilmuwan mereka dalam tradisi berfaqir.
Episod ini memperkenalkan seorang tokoh besar ulama Sarawak bernama Shaykh Haji Uthman Abdul Wahhab, atau juga dikenali sebagai Shaykh Uthman Sarawak.
Beliau bukan hanya kebanggaan komuniti Muslim, namun juga dibanggakan oleh seluruh warga Sarawak atas pencapaiannya.
Episod Ini membawa penonton mengenali sebahagian para ulama atau ilmuwan Islam yang bergiat di Sarawak. Antara mereka merupakan anak-anak jati negeri Sarawak sendiri, malah ada yang menempa nama menjadi ilmuwan Islam tersohor dunia.
Dalam kesempatan ini, para ulama perintis seperti Shaykh Ahmad Makawi dan Datuk Hakim Keramat akan diberikan penonjolan, dan impak ketokohan Shaykh Uthman Sarawak juga ditampilkan.
Episod ini menelusuri sejarah masyarakat Muslim Sarawak menunaikan rukun Islam kelima iaitu naik Haji di baitullah.
Fenomena “naik Haji” adalah suatu ciri sofistikasi Islām. Ini disebabkan oleh lokasi geografi yang jauh, berbahaya dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
Episod ini bakal memaparkan aspek kepemimpinan masyarakat Sarawak lampau, khasnya tentang kelompok pembesar aristokrasi tempatan.
Mereka yang dikenali sebagai golongan Perabangan ini mempunyai kisah asal usul dan tradisi kekeluargaan yang tersendiri.
Dalam perkembangan sama, tradisi persuratan dan juga pengaplikasian undang-undang bertulis di Sarawak menjadi salah satu ciri kemajuan masyarakat semasa itu.
Episod ini menyajikan aspek adat dan budaya masyarakat tempatan yang terjalin dalam syariat agama dan perundangan Islam.
Disebabkan budaya Melayu terlalu sinonim dengan Islam, wujud istilah ‘masuk Melayu’ bagi menggambarkan kejadian pemelukan agama Islam.
Hakikatnya, budaya lokal telah menyerap intipati ajaran dan syariat Islam dan menjadi sebahagian cara hidup masyarakat Sarawak.
Episod ini akan membincangkan bagaimana Islam datang ke rantau Nusantara, dengan ciri-cirinya yang khas, melalui pelbagai cara. Unsur Islam hidup dengan aman dan saling berinteraksi dengan unsur tempatan. Tuntasnya, Islam di Sarawak menjadi suatu model keharmonian Islam dalam masyarakat majmuk.
Episod kali ini bakal memperkenalkan impak perjuangan seorang tokoh yang membawa perubahan penting dalam sejarah kepulauan Borneo. Baginda adalah Sultan pertama dan terakhir di Sarawak, namun pengaruhnya telah mencipta episod baharu pengaruh Islam di Borneo.
Episod kali ini membawa penonton menyelami sejarah wilayah ini yang berkait rapat dengan warisan kepulauan Borneo yang pernah menjadi sebuah talasokrasi atau empayar di laut.
Episod kali ini akan membawa penonton menelusuri sejarah peradaban Sarawak dan kesinambungannya, dengan fokus kepada perkembangan tamadun Islam sebagai salah satu warna kebudayaan masyarakat di Sarawak.
EPISOD 1 : RANAH SUBUR PERADABAN Episod kali ini akan membawa penonton menelusuri sejarah peradaban Sarawak dan kesinambungannya, dengan fokus kepada perkembangan tamadun Islam sebagai salah satu warna kebudayaan masyarakat di Sarawak.