Untuk minggu ini, Sukan TVS memaparkan persiapan kontinjen tenpin boling Sarawak yang mempertaruhkan 12 atlet kombinasi muka baharu dan lama untuk mewakili SUKMA 2024 Ogos nanti.
Menyasarkan pingat emas pertama dalam sejarah, Sukan TVS minggu ini memaparkan persiapan pasukan Kabaddi Sarawak menjelang SUKMA 2024 nanti.
Sukan TVS minggu ini menyingkap evolusi sukan negara bersama Zainal Abidin Rawop dan perkembangan persediaan Kem Tinju Sarawak menjelang SUKMA 2024 dalam misi mendominasi sukan tinju.
Untuk minggu ini, Sukan TVS memaparkan persiapan atlet Pencak Silat, Nisrina Safiya Mohamad Hasromia dalam persiapan beliau menjelang SUKMA ke-21 yang bakal berlangsung pada Ogos nanti.
Selain itu, ketahui juga antara teknik tumbukan dan tendangan yang betul dalam sukan Pencak Silat.
Sukan TVS minggu ini memaparkan imbasan semula Sarawak Open Boxing Championship 2024 dan World Boxing Council (WBC) Asia Championship 2024 yang berlangsung awal bulan ini.
Ketahui juga antara persiapan pihak pengurusan SUKMA 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos nanti.
Meow Autism Run 2024 | Sukan TVS
Bagaimana Kilat Boy mempersiapkan diri menjelang Kejohanan Tinju Antarabangsa (WBC) Asia 2024 yang bakal berlangsung 11 Mei ini?
Ketahui juga teknik menumbuk dengan betul dan padu.
Gelanggang kita, jaguh dunia 💪🏼
Sukan TVS membawakan perkembangan berita sukan, tips-tips penjagaan kesihatan dan kupasan isu sukan semasa bersama pakar dan jaguh atlet negara pada setiap Sabtu, 2.30 petang di TVS Saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro serta semua platform media sosial TVS.