Program Sine Siti Makan, memberikan idea makanan-makanan gerai (food street) yang nyaman di sekitar Kuching dan di sekitar Sarawak.
Banyak tempat Siti dah explore:
📌 Episod 1 | House of Kompia & Takoyaki by Ta-Ko-Boi Kuching
📌 Episod 2 | Teduh Sedjenak & Mina Wantan
📌 Episod 3 | Popia Carbonara Tyrah, Sushi Yummylicious & Cendawan Crispy Hub
📌 Episod 4 | Keropok Lekor, Fitzsushi dan Cakoi Opah
📌 Episod 5 | Homemade Cendol Gula Apong – bandar baru Semariang dan Hotdog Cheese
📌 Episod 6 | Pisang goreng bersalut bijan disebuah kedai bakeri (Asri Bakery) dan kopi hainan jalanan di Jalan Petra Jaya.
Banyak lagi episode menarik! klik untuk tontonan penuh!
Dalam episod 26 ini, hos iaitu Siti berkunjung ke 3 buah kedai laksa yang terpilih di sekitar Kuching. Kedai-kedai tersebut adalah Kedai 126 Laksa, King Laksa dan Dewi Laksa. Ketika hos berkunjung ke Kedai 126 Laksa, Siti mencuba dua jenis laksa iaitu Laksa Pattaya dan Laksa Kuetiau. Hos seterusnya berkunjung ke kedai King Laksa yang terletak di CCM Square. Siti mengambil kesempatan menemubual pemilik kedai iaitu En. Rizal. En. Rizal menjamu hos dengan dua jenis laksa iaitu Laksa Udang Besar dan Laksa “Sik Mok Skip”. Kedai terakhir yang dikunjungi hos adalah Dewi Laksa yang terletak di sekitar Jalan Ahmad Zaidi Edruce. Siti berpuas hati dengan keenakan 2 jenis laksa yang dihidangkan kepadanya iaitu “Laksa Pattaya Special” dan “Laksa Big Special”.
Rancangan Sine Siti Makan episod 25 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi Cafe Kak Cucur. Hidangan yang merupakan pilihan pengunjung ialah kuetiau “kung fu”. Terdapat juga menu lain seperti mi krispi, nasi goreng dabai, mi kampua, mi kolo goreng dan mi Hong Kong. Gerai dibuka mulai jam 7.30 pagi sehingga jam 3 petang dan ditutup pada setiap hari Khamis. Dalam segmen kedua pula, pengacara memilih gerai Ekak Noodle di kawasan Fauziah Food Court, Metrocity Matang. Hos menemubual dengan En. Iman yang merupakan pemilik kedai. Menu yang terdapat adalah “laksa Penang” dan “sizzling hot plate”. “Laksa Penang Special” dihidangkan bersama udang manakala “Special Hot Plate” pula dihidangkan bersama ayam, daging dan udang. Resipi “Laksa Penang” adalah merupakan resipi yang berasal daripada keluarganya sendiri. Kedai beliau beroperasi setiap hari bermula jam 5 petang hingga jam 11 malam. En. Iman memaklumkan bahawa belaiu bercadang untuk memperkenalkan menu baru iaitu nasi “black pepper sizzling”.
Rancangan Sine Siti Makan episod 24 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi kedai SeaBox Container Coco Cabana sempena dengan tema untuk episod ini iaitu “Seafood by the Seaside”. Hos membawa tetamu jemputan istimewa dari Kuching, Orden Syam dan Fattah Bolh ke “Seabox Cabana”. Hos menemubual pemilik kafe iaitu En.Khalid dan juga rakan niaganya. Perniagaan yang diterapkan beliau adalah berkonsepkan makanan di tepi laut secara santai. Kafe tersebut beroperasi dari jam 5 petang sehingga 10 malam kecuali hari Rabu ditutup. Pemilik menyarankan pengunjung untuk merasai keenakan ‘shellout” ketam “buttermilk” atau ketam telur masin serta claypot. Dalam segmen kedua pula, pengacara memilih kedai Gerai Tepian Sungai yang terletak di Kampong Wireless, Miri. Hos menemubual chef gerai iaitu Abang Bad @ Mohd. Bakhtiar. Pemilik mula berniaga sejak tahun 2003 dan kedainya menyediakan sejenis minuman istimewa dan senitiasa menjadi pilihan para pelanggan iaitu “three layer tea”. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihidangkan dan kebanyakannya merupakan jenis ‘seafood’ yang menjadi pilihan ramai pengunjung.
Rancangan Sine Siti Makan episod 23 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi kedai Mee Jawa Pak Mail di Wireless Walk Miri. Pak Mail mula berniaga sejak tahun 1976 dan belajar masak mee jawa daripada emaknya. Beliau menggunakan daging atau kambing serta kuah asal dari bahan yang digunakan. Pelbagai lapisan kaum melawat ke kedainya untuk merasai kelazatan mee jawa. Hos mengambil kesempatan untuk merasai mee jawa kambing, daging, ayam dan nasi lemak ayam kari serta nasi lemak daging kicap. Dalam segmen kedua pula, pengacara memilih tempat makan tengahari di Embun Citra Cakehouse, dikenali juga sebagai Sarawak Layer Cafe yang terletak di Jalan North Yu Seng, berhadapan dengan Wireless Walk, Miri. Hos telah menemubual En. Salleh, pemilik Cafe. Sebenarnya, kedai ini merupakan projek “pilot” untuk menggabungkan kedai kek lapis dengan kedai makan. Untuk kek lapis Sarawak, beliau telah berniaga lebih kurang 38 tahun dahulu manakala untuk kedai berkonsepkan kafe, ini merupakan tahun yang ke 6. Menu khas adalah, “Asam Pedas Claypot, Lemak Cili Padi dan Kari”. Kari ada pelbagai jenis ikan merah, bawal, tenggiri, kambing, sotong dan kepala ikan termasuk ikan masin dan telur masin. Terdapat empat menu lain, “lamb chop, chicken chop”, nasi ulam kambing bakar dan nasi ulama ayam bakar. NOTA: Tiada Klasifikasi Luar Negara
Rancangan Sine Siti Makan episod 22 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi kedai Kopi & Kamu di Miri dan menemubual En. Hazwan, pemilik Kopi & Kamu. Menu yang disediakan kopi dan bukan kopi. Menu terlaris adalah “Butterscotch Caramel”. Coklat “The Sweetheart” bermaksud karakter pada produk tersebut. Kafe tersebut baru beroperasi selama dua minggu dan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, mulai jam 11 pagi hingga 11 malam. Penonton dinasihatkan untuk mencuba Kopi & Kamu di Coco & Cabana, Miri. Dalam segmen kedua pula, pengacara memilih restoran 3 Beradik Gemok yang terletak di Pusat Kraftangan Miri. Hos melawat untuk makan malam di restoran 3 Beradik Gemok terletak di alamat Jalan Brooke. Nama kedai adalah berdasarkan kepada, ahli keluarganya yang terdiri daripada 3 beradik perempuan. Perkataan “Gemok” selalu menjadi soalan pelanggan samada betul atau pemiliknya berbadan gemuk. Nama tersebut ada kelainan dan merupakan antara elemen yang menarik perhatian. “Gemuk” ini selalu menggambarkan dengan selera besar, makanan sedap. Antara menu istimewa adalah “Kolok Dulang Special”yang disediakan dengan 4 jenis rasa mi kolok iaitu rasa kicap, rasa sos merah, sos putih dan “Laksa Sarawak”. NOTA: Tiada Klasifikasi Luar Negara
Dalam episod kali ini, Siti Zawawi selaku pengacara rancangan “Sine Siti Makan” singgah di dua buah gerai. Gerai pertama yang disinggahinya ialah Kebab Bros yang menyajikan hidangan Mexico dan Turki. Kedai ini terletak di Miri. Pemilik kedai adalah Kevin serta seorang rakan kongsi dari Singapura. Kedai ini menjual Kebab, Burrito dan Salad. Hidangan Kebab mengandungi salad, kubis, tomato, timun Jepun dan bawang merah. Hidangan Burrito pula merupakan hidangan bersaiz besar serta lebih puas dimakan. Siti juga diberi peluang untuk menikmati menu Burrito dengan daging lembu dan kebab dengan ayam. Menurut Siti, kedua-dua jenis makanan yang dirasainya amat sedap dan kandungannya cukup sesuai sebagai ‘diet’. Sebagai hidangan minuman pula, Siti sempat minum Aqua Fresca, minuman jus tembikai dari Mexico. Seterusnya, Siti singgah ke Gerai Nasi Katok, sebuah gerai terkenal di Miri. Nasi Katok ini berasal dari negara Brunei. En. Mal dan En. Nan mengendalikan perniagaan nasi Katok selama dua tahun di Miri. Nasi Katok ini dihidangkan dengan ayam goreng bersama 4 jenis sambal. Sambal seperti sambal ikan bilis, sambal pedas, sambal manis dan sambal hijau dihidangkan kepada pelanggan ke gerai tersebut. Tambahan pula, sambal ikan tahai juga disajikan pada hari jumaat sahaja. Siti berpeluang untuk menikmati hidangan Nasi Katok dengan sambal pedas dan manis. Siti amat menyukai hidangan Nasi Katok dari gerai tersebut. NOTA: Tiada Klasifikasi Luar Negara
Sine Siti Makan Episod 20 ini, dihoskan bersama Siti Zawawi Rahmat dan Fattah Bolh. Kali ini mereka berkunjung ke gerai-gerai di sekitar Bandar Sibu. Sebagai permulaannya Siti dan Fattah telah mengunjungi gerai Mak Awang ABC yang terletak di Jalan Abang Barieng, Sibu. Puan Saadiah binti Jali merupakan pemilik gerai dan perniagaannya telah beroperasi sejak 2 tahun. Menurutnya, dia mempelajari selok- belok perniagaan daripada arwah ayahnya. Waktu perniagaannya mula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 6 petang. Ramai pelanggan mengunjungi gerai ABC ini mulai 4 petang. Puan Saadiah menyediakan pelbagai resipi ABC seperti nata decoco, jagung, cendol dan cincau. Siti dan Fattah dihidangankan dengan menu ABC dalam berbagai resipi dan mereka amat berpuas hati merasa keenakan ABC dari gerai tersebut. Selepas itu, mereka mengunjungi sebuah gerai Kebab yang terletak di Kampung Datu yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Shukri. Menurutnya, gerai ini menghidangkan Kebab dengan berbagai resipi mengikut citarasa pelanggannya. Hidangannya terdiri daripada daging, ayam dan campur. Namun hidangan popular pelanggan di gerai ini adalah kebab campuran daging dan ayam. Resipi ini menjadi pilihan yang paling popular oleh para pelanggan. Setelah menemubual pemilik gerai, Siti dan Fattah dihidangkan dengan kebab daging bersama sos manis dan mayonis. Mereka amat berpuas hati merasa kelazatan kebab daging dari gerai tersebut. Nota: Tiada Klasifikasi Luar Negara
Dalam episod kali ini, Siti Zawawi dan Fattah Bolh selaku pengacara bersama rancangan “Sine Siti Makan” singgah di dua buah gerai. Gerai pertama yang disinggahi mereka ialah Gerai Pulut Panggang Legend. Gerai ini terletak di Kampung Hilir, Sibu. Gerai Pulut Panggang ini dikendalikan oleh seorang pemuda. Beliau mula berniaga sejak 6 bulan dan perniagaannya diwarisi daripada nenek moyangnya. Namun perniagaan ini diasaskan oleh datuknya semenjak tahun 1990. Pemuda ini juga menjual pulut panggang berbagai perisa dan inti seperti ayam, daging, udang dan ikan bilis. Perniagaannya laris dan mampu menjual 500 biji sehari dengan harga RM1.00 sebiji. Siti dan Fattah mencuba beberapa biji pulut panggang sambil dicicah pula dengan serunding udang dan mereka amat menyukai rasa keenakannya. Gerai kedua yang Siti dan Fattah singgah ialah Gerai ‘Banana Cheese 67’ di Jalan Bandung, Sibu. Pemilik gerai ini merupakan seorang wanita yang telah menceburi perniagaan sejak 10 tahun yang lalu. Waktu operasi perniagaannya adalah mulai 12.30 tengah hari sehingga 6 petang. Beliau menjual ‘banana cheese’, cucur ubi keledek, cucur payak dan cucur pisang. Menurut beliau , perniagaannya laris dan pelanggannya pula terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat . Siti dan Fattah mencuba beberapa biji ‘banana cheese’ sambil dicicah pula dengan sos pedas dan mereka amat menyukai rasa kerangupan dan keenakannya. NOTA: Tiada Klasifikasi Luar Negara
Kedua-dua segmen dalam episod ini dikendalikan oleh dua orang hos iaitu Fattah Bolh dan Siti Zawawi. Untuk episod kali ini, kedua-dua hos ini telah pergi ke Taman Selera Harmoni yang terletak di Jalan Awang Ramli Amit di Sibu, Sarawak. Mereka berkunjung ke sebuah gerai yang dikenali sebagai Mint Art 696 Cafe. Gerai ini menjual pelbagai jenis sate. Fattah dan Siti menemuramah Puan Kak Yah yang merupakan pemilik gerai tersebut. Puan Kak Yah memperkenalkan beberapa jenis sate yang jual di gerai tersebut seperti sate ayam, sate kambing,sate daging, nasi impit dan kepak ayam bakar. Fattah dan Siti mencuba sate ayam, kambing dan daging. Mereka memuji tentang kesedapan sate tersebut selepas menikmatinya. Dalam segmen seterusnya, Fattah dan Siti Zawawi berkunjung ke kafe yang dikenali sebagai Crispy Shop yang terletak di kawasan pasar Sibu. Kafe Crispy Shop ini menjual makanan yang dikategorikan sebagai pencuci mulut seperti crispy aiskrim, oden, siomay ayam, dimsum dan mee crispy. Pn.Nadia yang merupakan pekerja di situ memberi maklumat tentang menu yang dijual di kafe tersebut. Fattah dan Siti memesan beberapa pencuci mulut seperti crispy aiskrim, oden tomyam, mee crispy oden dan air coklat campuran aiskrim. Kedua-dua hos tersebut mencuba makanan dan memberi ulasan bahawa pencuci mulut itu sangat sedap dan memenuhi citarasa mereka.
Untuk episod kali ini, kedua-dua hos iaitu Fattah dan Siti Zawawi berkunjung ke kedai yang bernama D’ Dapur Ani yang terletak di Jalan Kampung Datuk Lama, Sibu. Di kedai ini terdapat pelbagai jenis makanan seperti Mee Kampua, Mee Kalo, Bakso Jawa, Ayam Penyet, Mee Sarawak dan sebagainya. Mee Kampua adalah salah satu makanan yang paling popular di Sibu. Fattah dan Siti menemuramah Puan Ani yang merupakan pemilik gerai tersebut. Gerai ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 2 petang. Fattah dan Siti mencuba beberapa jenis makanan seperti Mee Kampua Ayam, Mee Kampua Daging, Wantan Kicap, Mee Jawa dan Bakso Jawa. Kedua-dua hos tersebut memberi ulasan yang baik selepas menikmati nya. Dalam segmen seterusnya, Fattah dan Siti Zawawi berkunjung ‘The 66 Coffee’ yang terletak di Jalan Kampung Dato. Mereka juga menemuramah pemilik kedai tersebut iaitu En. Shafiq. Kafe ini menjual pelbagai jenis makanan seperti Mee Hongkong Cheese, “Salted Egg Chicken Wings”, “Salted Egg Chicken Feet”, “Spicy Korean Chicken Wings” dan Nasi Goreng. Kedua-dua hos mencuba beberapa jenis makanan dan memuji tentang kesedapannya.
Dalam episod ini, hos rancangan iaitu Siti Zawawi berada di Telaga Air, Kuching, Sarawak. Beliau berkunjung ke sebuah kedai makanan yang dikenali sebagai Q Sinar Seafood dan menemuramah En.Ismail yang merupakan pemilik kedai tersebut. En.Ismail memperkenalkan jenis makanan seafood yang popular seperti “shellout seafood”, sotong goreng telur masin, ketam goreng telur masin dan sebagainya. Hos mencuba “shellout seafood’ yang dicampur bersama kari telur masin dan memberi ulasan bahawa makanan yang dinikmatinya sangat sedap. Dalam segmen kedua, Siti Zawawi berkunjung ke gerai yang bernama “Homemade Shiela Legend” untuk membeli buah tangan. En. Zaimi merupakan pemilik gerai tersebut memberi beberapa maklumat tentang makanan yang dijualnya. Siti membeli beberapa jenis makanan seperti kuih tangga, serbuk cicah pedas dan sebagainya.
Rancangan Sine Siti Makan episod 15 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi ke gerai Serapi Virgin Coconut Shake yang terletak di Lorong 2 Kampung Temenggung di kawasan Telaga Air yang jauhnya satu jam setengah dari kota Kuching. Gerai Serapi Coconut Shake ini kepunyaan Tasya. Gerai ini buka dari jam 9 pagi ke 6.30 petang tiap-tiap hari. Dalam segmen kedua, di sebelah gerai Tasya terdapat sebuah gerai yang menjual lemang yang dimilik oleh Iman. Gerai yang bernama Gerai Lemang House menjual lemang sepanjang tahun. Pengacara, Siti Zawawi sendiri membuat pulut dalam lemang di dapur gerai kepunyaan Iman dengan bantuan pekerja Iman. Lemang dijual dari harga RM10 ke RM14 sebatang dan dihidang bersama rendang daging dan ayam.
Rancangan Sine Siti Makan episod 14 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi ke gerai Cafe Dingin Sore milik Zahrin yang terletak di Waterfront Kuching. Cafe Dingin Sore dibuka dari 12 tengahari ke 12 tengah malam. Hidangan istimewa Cafe Dingin Sore ialah snek Narchos dan minuman Biscoff Milkshake yang berharga RM23 sahaja. Snek Narchos adalah seumpama kebab dengan pelbagai inti seperti ayam, daging dan sayur. Dalam segmen kedua pula, pengacara memilih gerai Kupiki Grillers yang sinonim dengan khemah gerainya yang berwarna putih. Kupiki Grillers dimiliki oleh Fikri yang memulakan perniagaannya sejak tahun lalu. Mengikut Fikri gerai Kupiki Grillers adalah secara ‘part time business venture’. Menu yang istimewa ialah shawarma, sejenis kebab ala negara Asia timur tengah dan kebab daging dan sandwich.
Rancangan Sine Siti Makan episod 13 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi gerai Kak Aisyah yang menjual bakso nusantara. Kak Aisyah berasal dari Jawa Tengah, Indonesia dan telah berhijrah ke Sarawak pada tahun 2008. Gerai Kak Aisyah dibuka tiap-tiap hari dari jam 10 pagi ke 10 malam. Bakso nusantara biasanya dimakan dengan nasi ayam penyet. Dalam segmen kedua pula, pengacara memilih gerai Kebab Legend yang terletak di Pusat Penjaja Kampung Tunku. Kebab Legend dibuka pada tahun 2008 oleh Zali. Sekeping kebab legend dijual dengan harga RM5.
Dalam episod kali ini, Siti Zawawi selaku pengacara rancangan singgah di dua buah gerai. Gerai pertama yang disinggahinya ialah Gerai Brobites di Metro City. Mengikut pemiliknya, Brobites bermaksud “Friendly dan makanan ringan”. Antara makanan yang dijual di gerai ini ialah donut dengan palbagai perisa, pisang goreng serta pisang keju. Gerai ini dibuka mulai jam 2 petang. Siti mencuba beberapa jenis donut dan menyukai rasanya. Gerai kedua yang Siti singgah ialah Gerai Ayam Panggang Legend yang terletak di Kampong Kuda. Menurut pemilik kedai, ayam yang dijual dirujuk sebagai ‘legend’ kerana kedai ini telah mula beroperasi sejak tahun 1985, tetapi di lokasi yang lain. Ayam panggang nya dijual dalam pelbagai perasa. Antaranya perasa ‘Original’, ‘Cheesy’, ‘Black Pepper’, ‘Korean Spicy’, ‘Korean Spicy Cheese’, ‘Mozzarella Cheese’, ‘BBQ’ serta ‘Salted Egg’. Menurut pemiliknya, sekurang-kurangnya 40 ekor ayam panggang akan dijual setiap hari. Gerainya dibuka mulai jam 3.30 petang hingga 10 malam. Siti mencuba ‘Ayam Panggang Original’ dan ‘Ayam Panggang Cheesy’ yang sangat sedap rasanya.
Dalam episod kali ini, Siti Zawawi selaku pengacara rancangan singgah di dua buah gerai di Jalan Haji Mataim, Kuching. Gerai pertama yang disinggahi adalah Cafe De Parlour yang menjual berbagai jenis piza. Gerai ini beroperasi dari rumah dan ia dibuka dari pukul 2 petang sehingga malam. Siti mencuba Beef Pepperoni Pizza dan juga Rusty Crust Beef Pizza. Siti sangat menyukai keenakan piza-piza yang dinikmatinya. Gerai kedua yang Siti singgah ialah Gerai CBO Coconut Shake & Popis. Nama CBO diambil sempena nama gerai awal yang mereka buka di Sibu. Antara Jenis minuman yang dijualnya ialah Coconut Shake with Ice Cream, Boba Apong Coconut Shake, Cendol Apong Coconut Shake dan Creamy Cheesy Coconut Shake. Gerai ini juga menjual Popis, iaitu gabungan antara Popia dan Pisang. Popis dijual dengan berbagai perisa seperti Oreo, Peanut dan Cheese. Gerai ini dibuka dari jam 11.30 pagi hingga jam 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad. Siti mencuba Boba Apong dengan Cendol Apong serta Popis dengan sirap caramel.
Dalam episod kali ini, Siti Zawawi selaku pengacara rancangan singgah di dua buah gerai di Jalan Dato Haji Bahbul. Gerai pertama yang disinggah adalah Kedai Nyor Shake Ohhaa yang menjual berbagai jenis minuman campuran air kelapa seperti Avocado Dragon, Avocado Mango, Avocado Chocolate, Avocado Markisa dan lain-lain lagi. Bahan asas kesemua minuman ini adalah air kelapa. Gerai ini dibuka dari pukul 12 tengahari hingga 9.30 malam. Siti mencuba beberapa minuman jenis avocado serta cucur pisang ‘cheese’ dengan jagung. Gerai kedua yang Siti singgah adalah Dapur Merah Corndog yang menjual ‘crispy chicken skin’. Gerai ini juga menjual berbagai jenis kuih muih dan mi. Ia dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jenis-jenis perasa ‘crispy chicken skin’ yang dijual adalah ‘hot spicy’, ‘salted egg’ dan ‘sweet cheese’. Siti mencuba semua jenis ‘crispy chicken skin’. Siti amat suka dengan perisa-perisa ‘crispy chicken skin’ yang rangup dan sedap.
Rancangan Sine Siti Makan episod 9 ini dihos oleh Siti Zawawi. Dalam segmen pertama, pengacara Siti telah memilih kedai Khin Kueh Khing di India Street, Kuching yang terkenal dengan ais krimnya yang enak dan unik. Menurut pemilik kedai Mr Fong, kedainya menyediakan lebih daripada 20 jenis perisa ais krim yang dihidangkan dalam cawan, kon atau bun termasuklah perisa ‘charcoal’, keju dan durian untuk pilihan pelanggan. Dalam segmen kedua, pengacara telah mengunjungi gerai yang menyediakan makanan apam balik. Gerai apam balik ini diusahakan oleh En. Roslan sejak 20 tahun dahulu terkenal dengan apam baliknya yang enak sehinggakan ianya tular dalam media sosial.
Rancangan Sine Siti Makan episod 8 ini dihos bersama oleh Siti Zawawi dengan Orden Syam. Dalam segmen pertama, pengacara telah mengunjungi ke gerai burger Fabulous di Jalan Depo, Kuching. Gerai burger Fabulous ini yang telah beropersi sejak tahun 2018 menyediakan pelbagai hidangan burger yang sedap dengan harga yang berpatutan. Antara hidangan istimewanya ialah “custom burger” di mana pelanggan boleh memesan atau memilih jenis hidangan burger mengikut cita rasa masing-masing.
Sine Siti Makan EP 07 ini, Siti Zawawi Rahmat dan Orden Syam menerokai kedai “Bon Appetetile.Co” beralamat di Bandar Kuching sebagai salah satu tempat menarik yang menawarkan pelbagai makanan berasaskan keju di sekitar Sarawak yang menjadi daya tarikan pelancong. Terdapat ruang untuk sesi bergambar iaitu di bahagian dewan semasa menunggu pesanan makanan. Mereka telah menempah makanan Corndog (4 ketul) Combo A, Mac And Cheese, dan Set Mukbang terdiri daripada Burn Cheddar, Chocoyo, Go Chu Jang untuk dinikmati dalam kereta. Selepas itu mereka beralih ke sebuah trak minuman di Matang Jaya yang menawarkan minuman berasaskan kopi dan teh serta minuman bukan kopi seperti cokelat. Operasinya adalah antara 2.00 petang hingga 11.00 malam dan ditutup pada Sabtu malam.
Episod 6 mengesahkan hos (Siti ) mencuba pisang goreng bersalut bijan disebuah kedai bakeri (Asri Bakery) yang menjual pelbagai jenis pisang goreng dan kuih muih bergoreng. Seterusnya Siti mencuba kopi hainan yang dijual oleh sebuah kedai kopi jalanan di Jalan Petra Jaya. Siti berpuas hati setelah mencuba pisang goreng dan kopi hainan dari kedua-dua kedai tersebut.
Episod 5 mengisahkan hos (Siti ) mencuba “Homemade Cendol Gula Apong di sebuah gerai di tepi jalan bandar baru Semariang. Cendol dijual dengan pelbagai perisa. Seterusnya Siti berkunjung ke gerai Hotdog Cheese yang menyediakan pelbagai jenis makanan segera dijual oleh seorang wanita dan Siti sendiri mencuba teknik membuat kentang putar di gerai tersebut. Siti berpuas hati setelah menikmati cendol dan kentang putar yang dijual di kedua-dua gerai tersebut.
Dalam episod ini, Siti seorang pengacara mencari juadah seperti Keropok Lekor, Fitzsushi dan Cakoi Opah untuk minuman petang. Gerai yang pertama yang dikunjungi ialah gerai Keropok Lekor yang beroperasi di Lorong 7 Cenderawasih. Gerai ini dibuka dari pukul 1 tengahari hingga 6.30 petang. Dalam sehari, pemilik gerai ini dapat menjual sebanyak 20 kilo keropok lekor. Selepas mengunjungi gerai ini, Siti singgah pula di gerai Fitzsushi yang beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad. Gerai ini dibuka dari pukul 2.30 petang hingga 6 petang. Oleh kerana juadah ini memang laris dijual setiap hari, para pelanggan harus membuat tempahan awal. Akhir sekali Siti mengunjungi gerai Cakoi Opah. Gerai ini dibuka dari pukul 7 hingga 10 pagi sahaja. Cakoi Opah disediakan dalam tiga perisa iaitu perisa coklat, strawberi dan keju.
Popia Carbonara Tyrah, Sushi Yummylicious & Cendawan Crispy Hub
Teduh Sedjenak & Mina Wantan
House of Kompia & Takoyaki by Ta-Ko-Boi KCH