Tr. Empeting dan Penghulu Sating berasa hairan sebab banyak kenderaan terhenti di tepi jalan rumah panjang mereka. Rupa-rupanya, Bunyau, Mujap dan jaboh sedang menjual tiket kelang sabung ayam angkara apak!
Bunyau membawa pulang seorang pemuda yang baru dikenali di pasar. Pemuda tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Maxson Jali, seorang pakar pakar wang yang boleh mengubah hidup sesiapa sahaja dan menjadikan mereka jutawan.
Tr. Empeting telah menghilangkan diri. Penghulu Sating serta Apak tidak dapat menghubunginya. Jaboh dan Kapitan Kin Chong cuba membantu mereka untuk mencari Tr. Empeting sehingga melangkah ke biliknya.
Episod ke- 10 Tembawai Kanyuk minggu ini, Apak mempelawa semua orang pergi ke kantin rumah panjang untuk menjamu makanan. Mujap yang tidak datang-datang lagi tiba-tiba muncul sambil memegang sebiji telefon bimbit ‘5G’.
Pada episod yang kesembilan Tembawai Kanyuk kali ini, kedatangan cucu kepada Penghulu Sating iaitu Umi dan Seri ke rumah panjang Tembawai Kanyuk. Umi dan Seri merupakan pelajar UNIMAS yang pulang ke kampung halaman mereka kerana hendak mengambil video untuk dijadikan konten tesis. Namun, tuai rumah Empeting dan lain-lain mengesyaki mereka berdua ialah agen tanah yang mahu menyukat Tanah mereka. Malah, Bunyau dan Mujap yang rapat dengan mereka berdua juga diingatkan oleh Jaboh untuk tidak terpengaruh dengan perbuatan mereka berdua.
Drama rakyat bertajuk Tembawai Kanyuk Episode 8 ini mengisahkan sebuah rumah panjang di Sarawak di mana ahli jawatankuasa berkumpul menonton tayangan pita video peperangan Jepun di Asia Pasifik di TV. Setelah menonton tayangan pita video, mereka menceritakan keganasan tentera Jepun terhadap rakyat yang diseksa semasa Jepun memerintah di Tanah Melayu.
Episod 7 bertajuk ‘No Prebet Empa Abiss’ atau ‘Makan Habis’ mengisahkan aktiviti gotong-royong membuat laluan pejalan kaki bagi membantu juru ukur dari Jabatan Tanah dan Ukur. Aktiviti gotong royong ini perlu dimulakan oleh komuniti rumah panjang Tembawai Kanyuk yang diketuai oleh Tuai Rumah, Empeting dan dibantu oleh Apak.
Episod kali ini bertajuk ‘Temuai Ari Mengeri’ yang bermaksud Tetamu Dari Bandar. Ia mengisahkan Bunyau dan Mujap telah pergi ke rumah Penghulu Sating untuk berjumpa dengannya. Bagaimanapun mereka berdua terkejut kerana tanpa disangka-sangka mereka disambut oleh seorang pemuda dari luar yang memperkenalkan diri sebagai Nick.
Penghulu Sating melawat kawasan kampungnya untuk melihat kemajuan projek pembinaan yang ditawarkan oleh kerajaan. Beliau merungut kerana melihat pekerja-pekerjanya Empeting, Apak, Bunyau, Mujap dan Jaboh bekerja dengan sambil lewa. Kapitan Kin Chong tidak melepaskan peluang untuk berniaga air sejuk di kawasan mereka bekerja. Empeting tiba-tiba berbisik kepada penghulu Sating bahawa dia ingin meminjam wang.
Di satu petang, Bunyau dan Mujap melepak di kantin Kapitan Kin Chong setelah “merehatkan” diri mereka dari menoreh getah akibat cuaca panas. Kin Chong penat melayan karenah mereka yang meminta minuman yang lain daripada yang lain. Setelah minuman dihidangkan, mereka mengadu pula harga minuman itu mahal. Tidak lama kemudian, ketua kampung Datuk Sating tiba bersama dua orang gadis muda yang tidak dikenali.
Episod yang bertajuk ‘Hutang Bayarlah!’ ini mengisahkan tentang hutang yang belum diselesaikan oleh Apak dengan Kapitan Kin Chong. Kin Chong letih menunggu Apak di luar rumah panjang. Apak telah berjanji untuk datang untuk menyelesaikan pinjamannya. Namun, Apak tidak hadir kerana bersembunyi di rumah panjangnya. Jaboh dan dua orang anaknya, Mujap dan Bunyau melihat keadaan Kin Chong menunggu lama di luar rumah panjang.
Drama rakyat bertajuk Tembawai Kanyuk (Episod 2) ini mengisahkan sebuah rumah panjang yang diketuai oleh Empeting Anak Baung (Tuai Rumah) mendapati susana bising dan hingar bingar di luar rumahnya. Dia beranggapan bahawa hari tersebut adalah hari cuti sekolah, namun setelah di amatinya dia baru sedar bahwa hari tersebut adalah hari selasa iaitu hari persekolahan kanak-kanak.
Drama rakyat bertajuk Tembawai Kanyuk (Episod 1) ini mengisahkan sebuah rumah panjang yang diketuai oleh Empeting Anak Baung (Tuai Rumah) ingin mengadakan sebuah majlis sambutan untuk mengalu-alukan sebuah kru produksi televisyen. Tujuan asal Tuai Rumah berbuat demikain adalah untuk mempromosikan Rumah Panjang di kalangan penduduk Malaysia.
#tvstv #tvs122 #astro122 #myFreeview #BerkatGawai