Search
Close this search box.

kemalangan

KUANTAN, 26 Julai: Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM350 Jalan Kuala Lumpur–Kota Bharu, berhampiran lampu isyarat Jalan Lingkaran Tengah (CSR) Raub, Batu 3, Lipis malam tadi.

IPOH, 25 Julai: Seorang pelajar sekolah maut digilis kereta selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan akibat terlanggar lubang di Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, semalam.

BINTULU, 24 Julai: Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka terlibat kemalangan kendiri di Kampung Nyalau di sini, hari ini.

GEORGE TOWN, 24 Julai: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mengalami kecederaan parah pada muka selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Farquhar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsanan St Xavier di sini, pada Rabu.

KOTA BHARU, 22 Julai: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang awal pagi tadi.

Paling Popular