Search
Close this search box.

Sambutan Hari Jadi TYT Ke-84 Berjalan Lancar Penuh Istiadat

ByZhahrulniza

KUCHING: Sambutan Hari Jadi Yang Terutama (TYT) Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada tahun ini berjalan lancar dengan penuh istiadat meskipun disambut secara norma baharu.

Keberangkatan tiba Taib yang ditemani isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di dataran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak disambut oleh Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Ketua Menteri , Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian serta dan Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Panglima Medan Timur Leftenan General Datuk Zakaria bin Yadi serta isteri.

Ketibaan beliau serta isteri disusuli dengan tembakan das meriam dan terbang lalu empat buah helikopter.

Sebaik sahaja tiba atas pentas khas, Taib menerima tabik hormat DiRaja sebelum nyanyian lagu Ibu Pertiwiku dimainkan dan diikuti Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama.

Taib kemudian mengadakan pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama (KKU) yang terdiri daripada seramai 103 anggota lain-lain pangkat dan tiga pegawai dari Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Safiq Jamaluddin.

KKU ini diringi oleh pancaragam gabungan 1 Division Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota diketuai oleh PWII Mohamad Suffian Abdullah.

Antara kemuncak majlis ialah upacara simbolik sambutan perayaan hari lahir Tun Pehin Sri Abdul Taib serta persembahan-persembahan dan juga tarian kebudayaan Negeri Sarawak.

Persembahan kebudayaan daripada Kampung Budaya Sarawak berjudul -Wonderful Sarawak dan A Celebration oleh the Dance Academy.

Turut hadir adalah Timbalan – Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nasar, Menteri – menteri dan Menteri- menteri muda serta ketua – ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan