Search
Close this search box.

China Dan Asean Miliki Keupayaan, Tanggungjawab Penuh Kekalkan Keamanan Di Laut China Selatan – Wang Yi

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR: Menteri Luar China Wang Yi pada Selasa berkata China dan ASEAN memiliki kemampuan, kebijaksanaan serta tanggungjawab penuh untuk menjaga keamanan dan ketenangan di Laut China Selatan.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama selepas pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini, Wang berkata ASEAN juga harus bekerjasama untuk “mengusir halangan luaran” di Laut China Selatan.

Beliau berkata China dan ASEAN juga harus terus berusaha untuk rumusan awal Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

“Kami berdua berpandangan bahawa Laut China Selatan seharusnya tidak menjadi landasan untuk pertarungan kuasa besar, dipenuhi dengan kapal perang.

“China dan ASEAN harus bekerjasama untuk mengusir halangan luar dan terus melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan berusaha untuk rumusan awal CoC yang berkesan dan bermakna,” kata Wang, ketika lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. 

Sementara itu, Hishammuddin berkata Malaysia dan China, dalam pertemuan dua hala itu, sepakat mengenai pentingnya menjaga keamanan dan kestabilan di rantau ini.

“Perselisihan harus ditangani secara damai, termasuk melalui dialog dan perbincangan wilayah di antara pihak-pihak yang bersangkutan, tanpa mengancam atau menggunakan kekerasan,” kata Hishammuddin.

Perselisihan wilayah di Laut China Selatan yang strategik melibatkan empat negara ASEAN, iaitu Brunei, Malaysia, Filipina, dan Vietnam, serta China dan Taiwan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan