Search
Close this search box.
Pada 9.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7130/7180 berbanding dolar AS daripada paras penutup  4.7145/7200 yang dicatatkan semalam.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR: Ringgit masih dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau termasuk yuan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1500/1600 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.1420/1500 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata pasaran akan memantau pergerakan yuan hari ini selepas mata wang negara China itu melonjak berbanding dolar AS ketika ditutup pada Isnin.

“Namun, harga minyak mentah tetap mempengaruhi pasaran meluas dengan harapan untuk rangsangan, yang akan memberikan ruang kepada unit tempatan,” katanya kepada Bernama.

Pada 9.17 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada US$41.68 setong.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0530/0651 daripada 3.0519/0580 ketika ditutup semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4137/4280 daripada 5.3950/4070.

Mata wang tempatan lemah berbanding euro kepada 4.8958/9092 daripada 4.8884/8982 dan rendah berbanding yen kepada 3.9385/9491 daripada 3.9257/9336.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan