Search
Close this search box.

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Cari Penyelesaian Kekurangan Pekerja Sektor Pembinaan

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan 5,000 pekerja mahir yang dihadapi sektor pembinaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata kekurangan itu timbul setelah kebanyakan pekerja mahir yang juga warga asing telah kembali ke negara asal mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan syarat kemasukan ke negeri ini yang ketat menyebabkan mereka tidak dapat kembali bekerja.

“Satu jawatankuasa ditubuhkan diketuai oleh (Timbalan Ketua Menteri 1) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Jaul Samion) untuk melihat perincian bagi menyelesaikan masalah pekerja asing (yang menyebabkan kekurangan),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, jawatankuasa itu akan meneliti kursus-kursus pendek untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan daripada sektor ekonomi lain supaya mereka boleh disesuaikan dalam sektor pembinaan sekali gus akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Ekonomi kita masih berjalan tetapi kita kekurangan pekerja…terdapat 5,000 peluang pekerjaan. Kita perlu melihat semula perkara ini kerana ada beberapa pekerjaan yang boleh diganti dengan automasi. Kerajaan negeri tidak keberatan melabur bagi membantu mereka (majikan) mendapatkan mesin-mesin berkenaan. Ini adalah satu daripada penyelesaiannya,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan