Search
Close this search box.

Pencalonan UNESCO: Songket Sarawak Diketengah

ByIsma Haziq

KUCHING: Buat julung kalinya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia (MACPA) Kuching akan menganjurkan ‘Sarawak Music Fashion Galore 2020’ (SAMFAG) pada 28 November kelak.

Kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, objektif penganjuran SAMFAG adalah untuk mengetengahkan motif Songket Sarawak bagi pencalonan Intangible Cultural Heritage UNESCO.

“Sarawak Music Fashion Galore (SAMFAG) 2020 memilih Songket Sarawak sebagai karya seni yang bertemakan “Enchanting Evening with Sarawak Songket”, iaitu bertujuan memartabatkan warisan tradisional Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Ada aspek lain, Songket Sarawak digabungkan di bawah pencalonan Songket Malaysia ke UNESCO’s representative list of the Intangible Cultural Heritage of Humanity tahun 2021. Sebab itu kita perlu mengadakan program seperti ini supaya ia akan dapat divideokan dan sebagai pencalonan for this Intangible Cultural Heritage UNESCO,” ujar Karim.

Melalui SAMFAG, Songket Sarawak seperti songket belatak, songket bertabur, songket biasa bunga turus, dan songket limar akan dilihat setanding dengan songket-songket lain di Malaysia.

Ini juga tambah Karim, berupaya menjadi platform buat anak-anak Sarawak mengetengahkan hasil seni mereka seperti rekaan busana dan alunan muzik ke persada antarabangsa.

Kata Karim lagi, selepas ini, Sarawak mungkin akan mengetengahkan pua kumbu untuk pencalonan Intangible Cultural Heritage UNESCO.

“I believe we have to also look into pua kumbu as one of the item that should be submitted in the future. It just like how Mulu Cave is submit then after that we submit in the others. Niah is another one we are submitting. Also something like this. It just, this one refer to intangible heritage,” katanya pada sidang media SAMFAG 2020 pada Rabu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan