Search
Close this search box.

COVID19: SARAWAK CATAT ANGKA 16 KES POSITIF

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 16 kes positif COVID-19 mana seramai tujuh kes telah dikesan di daerah Kuching, tujuh kes di daerah Miri, satu kes di daerah Limbang dan satu kes di daerah Lundu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 872 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, tujuh kes baharu telah dikesan di Daerah Kuching merupakan kes saringan kontak rapat kepada Kluster Greenhill.

“5 kes baharu yang merupakan kluster Greenhill, tiga kes merupakan pekerja yang bekerja di salah sebuah premis yang dikunjungi oleh kes positif COVID-19 manakala, 2 kes adalah lelaki tempatan yang merupakan kontak sosial kepada kes di dalam kluster ini.

“Satu kes merupakan wanita warganegara tempatan yang menjalankan perniagaan sendiri di Kuching ketika menjalankan saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta di Kuching pada 28 Oktober kerana mengalami gejala demam dan batuk sejak 26 Oktober 2020,” kata kenyataan tersebut, pada Jumaat.

Tambah JPBNS, seramai tujuh kes baharu telah dikesan positif COVID-19 di Daerah Miri, masing-masing 2 kes saringan kontak kepada Kluster Greenhill dan 2 kes yang melibatkan petugas kesihatan.

“Dua kes ini merupakan kes kontak rapat kepada kes ke-834 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2020.

“Kedua kes ini telah menjalani saringan di fasiliti kesihatan kerajaan di Miri mendapati keputusan ujian pada 29 Oktober adalah positif COVID-19 dan didapati mendapat jangkitan di luar daerah (Import C)

Dalam pada itu, satu kes di daerah Limbang merupakan petugas barisan hadapan yang mempunyai kontak rapat dengan kes ke 755 yang dikesan pada 14 Oktober 2020.

“Kes telah menjalani arahan kuarantin wajib di pusat kuarantin di Limbang. Kes telah menjalani saringan pertama COVID-19 pada 15 Oktober 2020 dan keputusan ujian adalah negatif bagi COVID-19.

‘Pada 25 Oktober 2020, kes telah menjalani saringan kedua COVID-19 dan keputusan ujian pada 29 Oktober 2020 mendapati kes adalah positif COVID-19. Kes tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala. Kes telah dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” ujar kenyataan itu lagi.

Jelas JPBNS lagi, 1 kes di Daerah Lundu melibatkan seorang wanita warganegara tempatan yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah pusat penginapan di Telok Melano, Lundu dimana kes Kluster Baki pernah bermalam pada 4 Oktober dan 5 Oktober 2020.

Sementara itu, Daerah Lundu, Miri dan Limbang bertukar status  dari hijau kepada kuning kerana telah mencatatkan kes tempatan dalam tempoh 14 hari.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan