Search
Close this search box.

BELANJAWAN 2021: Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah Pertama

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000 bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata pengecualian tersebut adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025.

Selain itu, katanya kerajaan juga melaksana inisiatif bagi pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi.

“Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan” katanya.

–BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS