Search
Close this search box.

PKPB Di Kuching Mulai 9 November

KUCHING, 7 Nov (Bernama) — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kuching selama 14 hari bermula 9 Nov ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, berkata keputusan itu diambil selepas menilai situasi dengan mengambil kira kes jangkitan tempatan terkumpul yang direkodkan di daerah tersebut iaitu sebanyak 151 kes dalam tempoh 14 hari lepas.

“Pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan kecuali keluar dan masuk ke daerah Kuching. Prosedur operasi standard (SOP) akan dikeluarkan esok.

“Pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan